Tentang Abah

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Bismillah, first entry Abah dalam blog ini. Alhamdulillah terlalu banyak perkara yang Abah rasa sangat bersyukur so far dalam hidup ini especially untuk Mama and anak-anak Abah, HM1,HM2,HM3 and (maybe) last edition HM4.

Kenapa Abah mulakan blog ni? Sebab Abah rasa (perasan) yang Abah ada pemikiran yang berbeza sikit dari orang lain. Which explains why I am socially awkward. Banyak perkara yang bermain2 dalam fikiran Abah, tapi kadang-kadang susah nak dikongsi. Perkara2 lucu yang anak-anak abah buat, perkara yang terjadi di luar sana untuk diambil iktibar, perkara yang penting untuk difikirkan, perkara yang baik yang perlu kongsikan, perkara buruk yang perlu dijauhkan dan macam-macam lagi. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi, mungkin Abah tak dapat bersama anak-anak Abah bila korang dah besar nanti, tapi abah harap sangat dapat terus membimbing korang, menjadi sumber lawak jenaka buat korang ketawa dan menangis walaupun abah dah tak ada nanti.

Semoga kisah-kisah yang Abah kongsi dan nasihat -nasihat yang Abah beri akan bermanfaat untuk korang semua.

Sayang Mama dan anak-anak Abah semua sampai Syurga!

Yang ikhlas,

Abah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *