Uncategorized

Iman, akhlak & fitting in

Alhamdulillah, Abah bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga Muslim jadi secara automatik Abah dibesarkan dengan cara hidup Islam dan diterapkan pegangan hidup as a Muslim. Of course anak-anak Abah pun sama, insyaAllah Abah dan Mama sentiasa cuba sebaik mungkin memberikan didikan agama yang secukupnya untuk anak-anak semua, amanah Allah bagi kami.

Tapi kadangkala born Muslims ni pon boleh jadi disadvantage jika akal dan Iman kita tak selari. Sebab tu amat penting untuk kita tahu kenapa kita Islam dan secara sedar dan rela mengakui ke-Esaan Allah. Penceramah favourite abah, Nouman Ali Khan penah cakap, bagi dia summary of the Quran ialah “Allah is Master and we are slaves of Allah”. Cukup ringkas cukup dalam. Abah d kita semua dapat memahami dan menghafal Quran in our lifetime.

Kalau Iman kita kuat, automatik akhlak kita baik sebab kita akan sentiasa jaga dari buat benda yang Allah larang dan tak suka. Hamba yang betul-betul tunduk pada Pemiliknya sentiasa akan mencari keredhaan-Nya. Ini memang konsep yang ideal tapi in reality setiap hari kita akan berjuang, berjihad menjaga dan meningkatkan tahap iman kita.

Contoh mudah, rasanya zaman sekarang ni pun kalau separuh bogel tu dianggap lebih normal berbanding menutup aurat. Pakai ketat-ketat tayang body jadi trend. Update instagram tayang bontot pun trend. Lesbian Gay dan sebagainya pulak dah jadi human rights yang diperjuangkan.  Na’uzubillah semoga Allah melindungi anak-anak Abah semua dari perkara2 keji itu.

Tapi apa yang abah nak tekankan ialah no matter how bad your surroundings are, you must not give in. Stay true to your Iman and never stop asking Allah for guidance. Really feel it deep in your solat each time you recite Al-Fatihah

” You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything).

Guide us to the Straight Way

 The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger  nor of those who went astray.”

Tips jaga iman dari Abah untuk korang:

  1. Jangan tinggal solat dan jangan lalai dalam solat. Faham setiap yang kamu sebut dan solatlah macam itu solat kamu yang terakhir.
  2. Bila iman mula goyah kamu akan mudah dan hilang rasa bersalah untuk lakukan dosa-dosa kecil. Jadi ambil scenario ini sebagai indikator alarm untuk kamu. “Iman Re-charge Alert”!
  3. Dekatkan hati dengan Quran, bukan sekadar baca tapi fahamkan dan tanamkan dalam hati.
  4. Tegur satu sama lain. I need us to watch out for one another. Kalau nampak salah seorang dari kita slacking, tegurlah dan sama-sama kita re-charge.
  5. Don’t try to fit in, be fit enough to stand your ground. Keep calm and Iman ON.

Abah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *