Uncategorized

Masa itu emas

Masa itu emas. Malah lebih mahal dari emas. Kalau ada 2.6 billion dalam akaun pun takkan boleh beli balik masa yang dah lepas. Zaman sekarang ni banyak sangat pencuri masa dalam hidup kita. Drama Korea lah, Facebook lah, Instagramlah dan macam-macam lagi. Hari ni Abah nak share tips untuk memanfaatkan masa yang ada setiap hari sepenuhnya.

  1. Rancang untuk esok hari ini. Gagal untuk merancang sama seperti merancang untuk gagal.
  2. Cuba kenalpasti 3 perkara utama yang hendak diselesaikan pada hari esok dan rancang dengan sesuai. 3 perkara itu mestilah menjadi fokus utama. Hal lain adalah bonus kecuali kecemasan. Kenapa 3? Sebab kalau 30 tak selesai satu pun rasanya. Kunci disini ialah FOKUS.
  3. Macam mana nak pilih 3 perkara utama tu? Susun dan agihkan perkara yang ada kepada 3 kategori:
    1. Penting gila. Kalau Tak Buat, Mati
    2. Kalau buat, bagus banyak manfaat
  • Tak buat pun tak apa, habiskan boreh jer

 

  1. Berani untuk cakap “Tak boleh” atau “Tak Nak”. Masa kan aset paling berharga, jangan bazirkan sesuka hati. Fikir dengan cermat macam mana nak gunakan masa yang ada. Memang perlu ada masa untuk bersosial, berkomuniti dan sebagainya. Tapi luangkanlah masa secara bijak. Dahulukan yang penting terutamanya keluarga.
  2. Tulis perkara penting yang perlu dilakukan supaya kita kurangkan keserabutan dalam kepala nak ingat macam-macam perkara. Bila dah tulis, perkara yang perlu dilakukan akan lebih mudah disusun ikut keutamaan dan membolehkan kita jadi lebih efisien dan produktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *